
KUCHING, 8 Mac – Cadangan penambahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang telah diluluskan sebelum ini kini dalam penelitian pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
- Harapan proses dipercepatkan supaya cadangan dapat melalui prosedur seterusnya sebelum dibentangkan di Parlimen.
- Pihak berkenaan diminta mempercepat proses demi mendengar suara rakyat Sarawak yang mahukan penambahan kerusi DUN.
- Penambahan wakil rakyat membolehkan tumpuan lebih besar kepada kebajikan rakyat dan mempercepat peningkatan infrastruktur di kawasan ketinggalan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud berharap proses berkenaan dapat dipercepatkan agar cadangan tersebut dapat melalui prosedur seterusnya sebelum dibentangkan di Parlimen.
“ Itu sudah dibangkitkan. Tapi saya fikir SPR sedang meneliti perkara tersebut. Jadi kita harap supaya dapat dipercepatkan,
“Kita mendengar suara-suara daripada Sarawak terutama untuk penambahan kerusi DUN ini. kita berharap pihak-pihak terlibat dapat mempercepat proses,” katanya demikian ketika ditemui media pada Program Santai dan Sungkei Media Sarawak bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) di sini, hari ini.
Menurutnya, pertambahan wakil rakyat akan membolehkan tumpuan yang lebih besar diberikan terhadap kebajikan rakyat selain mempercepat usaha menaik taraf infrastruktur asas khususnya di kawasan yang masih ketinggalan.