
KUANTAN, 6 Mac – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memasyhurkan Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS) dengan nama Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS).
- Keberangkatan baginda diiringi Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah dan Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
- Pemasyhuran turut disaksikan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
- Pengisytiharan menjadikan universiti itu pertama di negara ini yang berteraskan pengajian al-Quran sebagai teras utama.
Majlis pengisytiharan disempurnakan Al-Sultan Abdullah di Balai Seri Temenggung, Istana Abdulaziz, Kuantan.
Keberangkatan baginda turut diiringi Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Pemasyhuran turut disaksikan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Pada majlis itu, Datuk Seri Dr Zambry menyembahkan warkah pertukaran nama universiti milik penuh Kerajaan Negeri Pahang berkenaan kepada Al-Sultan Abdullah.
Pengisytiharan itu sekali gus menjadikan universiti terbabit pertama seumpamanya di negara ini, yang berteraskan pengajian al-Quran sebagai teras utama.