
KUALA TERENGGANU, 6 Mac -Seorang warga emas, 87 tahun kerugian RM277,000 selepas diperdaya sindiket pelaburan tidak wujud.
- Mangsa tertarik dengan iklan pelaburan melalui WhatsApp dan menghubungi individu bernama "Nina" untuk penerangan.
- Mangsa membuat beberapa pemindahan wang ke dua akaun berbeza antara 13 Nov hingga 24 Dis 2025 menggunakan simpanan dan Tabung Haji.
- Selepas tiada keuntungan, mangsa membuat laporan polis pada jam 4.55 petang.
- Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan; orang ramai dinasihatkan berhati-hati dengan skim pelaburan janji pulangan lumayan.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata, mangsa seorang pesara tertarik dengan iklan pelaburan saham menerusi aplikasi WhatsApp pada 18 September tahun lepas telah menghubungi individu bernama “Nina” dan diberi penerangan mengenai pelaburan tersebut.
“Mangsa yang terperdaya dengan janji manis ‘Nina’ telah membuat beberapa pemindahan wang ke dua akaun berbeza dalam tempoh 13 Nov hingga 24 Disember 2025 menggunakan wang simpanan dan Tabung Haji.
“Mangsa menyedari telah gagal mendapat sebarang keuntungan daripada pelaburan ditawarkan itu dan membuat laporan polis pada 4.55 petang semalam,” katanya dalam kenyataan,
Azli berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan manakala orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dengan skim pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan tidak munasabah.