SejaTi MADANI X Belia, bantu pertubuhan belia luar bandar

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Bimol

KUALA LUMPUR, 5 Mac -Pertubuhan belia luar bandar penting dalam usaha merancakkan pembangunan ekonomi golongan itu melalui inisiatif SejaTi MADANI x Belia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pertubuhan belia luar bandar diberi peluang memohon dana sehingga RM100,000 melalui SejaTi MADANI x Belia.
  • Pengecualian fi pendaftaran dan pindaan perlembagaan hingga 31 Disember 2027 memudahkan penubuhan pertubuhan baharu.
  • Inisiatif ini bertujuan memperluas kepimpinan belia dan menyuntik pertumbuhan ekonomi komuniti luar bandar.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Bimol berkata, inisiatif tersebut membolehkan pertubuhan belia memohon dana hingga RM100,000.

“Bagi intervensi isu ekonomi dan pengangguran belia pula, pertubuhan belia terutamanya di luar bandar boleh memainkan peranan yang signifikan menerusi inisiatif SejaTi MADANI x Belia.

“Inisiatif ini telah diluncurkan oleh YB Menteri Belia dan Sukan pada 8 Februari 2026 yang membuka peluang kepada pertubuhan belia berdaftar untuk memohon dana sehingga RM100,000 tertakluk kepada syarat yang ditetapkan,” katanya di Dewan Negara bagi menjawab soalan tambahan Senator Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Tambahnya, penepian fi pendaftaran pertubuhan belia dan pindaan perlembagaan hingga 31 Disember 2027, membolehkan belia menubuhkan pertubuhan baharu tanpa sebarang bayaran.

“Langkah itu bukan sahaja memperluas peluang kepimpinan generasi muda tetapi juga menyuntik sinergi pertumbuhan ekonomi melalui penyertaan aktif pertubuhan belia dalam komuniti masing-masing,” kataya lagi.