Sukan SEA 2027: Aaliyah sertai empat kejohanan ntarabangsa

Ratu luncur air negara, Aaliyah Yoong Hanifah

KUALA LUMPUR, 25 Februari – Ratu luncur air negara, Aaliyah Yoong Hanifah akan menyertai empat kejohanan antarabangsa tahun ini sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA Malaysia 2027 dan Kejohanan Dunia 2027 di Australia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Aaliyah akan sertai empat kejohanan antarabangsa tahun ini sebagai persiapan Sukan SEA 2027 dan Kejohanan Dunia 2027.
  • Penyertaan mendapat kelulusan Majlis Sukan Negara selepas permohonan dibentang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja 2026.
  • Fokus diberikan kepada Kejohanan Dunia Februari depan untuk memperbaiki penempatan dan seeding melalui kejohanan bertaraf ranking.
  • Skuad nasional akan jalani beberapa sesi kem latihan di Putrajaya dikendalikan jurulatih berpengalaman dari Chile.

Pegawai Eksekutif Persekutuan Ski Air dan Papan Luncur Malaysia (MWWF), Norzeela Sulaiman berkata, penyertaan itu mendapat kelulusan Majlis Sukan Negara (MSN) selepas badan induk berkenaan mengemukakan permohonan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) 2026, hari ini.

“Kita akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada Kejohanan Dunia yang akan berlangsung pada Februari tahun hadapan. Untuk memastikan penempatan atau seeding yang baik, Aaliyah perlu mengambil bahagian dalam kejohanan berstatus ranking dan memperoleh pendedahan secukupnya.

“Bagi tahun ini, terdapat empat kejohanan utama yang menjadi fokus bagi Aaliyah. Selain itu, satu kejohanan akan diadakan di Malaysia untuk semua atlet negara,” katanya selepas menghadiri JKK di MSN, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, skuad luncur air negara turut dijadual mengikuti beberapa sesi kem latihan di Putrajaya yang akan dikendalikan jurulatih berpengalaman dari Chile sebagai sebahagian persiapan menghadapi kejohanan utama itu.