Kerajaan Negeri terus komited jaga kebajikan mahasiswa anak Perak

 

RINGKASAN BERITA AI
  • Peruntukan RM4 juta untuk memperkukuh kebajikan mahasiswa anak Perak melalui bantuan sara diri dan kecemasan.
  • Bantuan sara diri mengikut peringkat pengajian, dari RM500 (Diploma) hingga RM1,000 (PhD).
  • Baucar buku RM150 untuk kira-kira 5,000 mahasiswa dan permohonan dibuka mulai 2 Mac 2026.
Kerajaan Negeri anak-anak Perak terus fokus kepada pengajian tanpa dibebani tekanan kos sara hidup./ Foto FB Saarani Mohamad

IPOH, 25 Februari – Sebanyak empat juta ringgit diperuntukkan Kerajaan Negeri Perak tahun ini bagi memperkukuh kebajikan mahasiswa anak negeri menerusi Bantuan Sara Diri dan Bantuan Kecemasan Mahasiswa.

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, inisiatif di bawah Belanjawan Negeri Perak 2026 itu membantu pelajar meneruskan pengajian tanpa tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Bantuan Sara Diri disalurkan mengikut peringkat pengajian iaitu Diploma (RM500), Ijazah Sarjana Muda (RM700), Sarjana (RM800) dan Doktor Falsafah (PhD) RM1,000.

“Selain bantuan sara diri, Kerajaan Negeri juga menyediakan bantuan kecemasan mahasiswa bagi membantu pelajar yang berdepan situasi luar jangka seperti kemalangan, masalah kesihatan yang serius, kecurian ataupun musibah. Bantuan ini diberikan berdasarkan merit KIS dengan kadar maksimum sehingga RM5000 dan tertakluk kepada pertimbangan jawatan kuasa kelulusan,” katanya.

Selain itu, 750-ribu ringgit diperuntukkan bagi Baucar Buku yang memanfaatkan kira-kira lima ribu mahasiswa dengan nilai RM150 seorang.

Permohonan bagi kesemua inisiatif berkenaan akan mula dibuka bermula 2 Mac 2026 di laman web www.eheyns.com.my.

Bantuan kecemasan pula boleh dipohon sehingga 31 Oktober.