Harga runcit petrol kekal hingga 25 Februari ini

Foto fail RTM

KUALA LUMPUR, 18 Februari – Harga runcit produk petroleum bagi tempoh 19 hingga 25 Februari ini kekal seperti minggu lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Harga runcit produk petroleum bagi 19 hingga 25 Februari kekal seperti minggu lalu.
  • RON97 ditetapkan pada RM3.10 seliter.
  • RON95 tanpa subsidi RM2.54 seliter; BUDI95 bersubsidi RM1.99 seliter.
  • Diesel kekal RM2.99 seliter di Semenanjung dan RM2.15 seliter di Sabah, Sarawak, Labuan.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan ketetapan itu dibuat berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism.

Harga petrol RON97 kekal RM3.10 seliter.

Harga petrol RON95 tanpa subsidi pula kekal RM2.54 seliter.

Harga petrol RON95 bersubsidi BUDI95 ditetapkan RM1.99 seliter.

Harga diesel di Semenanjung kekal RM2.99 seliter.

Harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan pula kekal RM2.15 seliter.

Menurut Kementerian berkenaan, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.