Juruteknik solar maut dilanggar trak tunda di Kerteh

FOTO RTM

KEMAMAN, 13 Februari – Seorang juruteknik pemasangan solar maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah trak tunda di satu persimpangan lampu isyarat berhampiran Bandar Kerteh, di sini, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Juruteknik pemasangan solar maut selepas motosikalnya dilanggar dan digilis oleh trak tunda di persimpangan lampu isyarat Kerteh.
  • Kemalangan berlaku ketika mangsa keluar dari persimpangan dipercayai tidak sempat mengelak trak tunda membawa jentera pengorek.
  • Pasukan perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987; mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman.

Kejadian kira-kira pukul 1.15 tengah hari itu berlaku ketika mangsa, Muhammad Shaznul Aidil Supardi, 26 tahun, dalam perjalanan dari rumah untuk menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid berdekatan.

Menurut maklumat awal, kemalangan berlaku apabila mangsa yang keluar dari persimpangan lampu isyarat dipercayai tidak sempat mengelak sebuah trak tunda yang membawa muatan jentera pengorek dari arah Bandar Kemaman sebelum dilanggar dan digilis.

Pasukan perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Penguasa Polis Supt Mohd Razi Rosli, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.