120 penduduk dirai, terima sumbangan sempena Tahun Baharu Cina

120 penduduk dirai, terima sumbangan sempena Tahun Baharu Cina.

BESERI, 7 Februari – Seramai 120 orang penerima di kalangan masyarakat Tionghua yang bakal menyambut Tahun Baharu Cina diraikan kepimpinan kerajaan Madani sempena Program Sejambak Kasih.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sumbangan wang tunai diberikan kepada penduduk dari beberapa kawasan bagi meringankan beban menjelang perayaan.
  • Program Sejambak Kasih dilaksanakan untuk memastikan golongan memerlukan tidak tercicir daripada bantuan perayaan.
  • Inisiatif itu turut mengukuhkan kegembiraan perayaan dan semangat perpaduan antara masyarakat berbilang kaum.

Kesemua penerima merupakan penduduk dari Pekan Padang Besar, Pekan Kaki Bukit dan Rumah Sejahtera Kaki Bukit menerima sumbangan wang tunai berjumlah lebih RM 6,000.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Ruzaini Rais dalam kenyataannya, pelaksanaan program sumbangan perayaan itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan Madani bagi memastikan golongan memerlukan tidak tercicir daripada menerima bantuan khususnya menjelang musim perayaan.

Sumbangan yang disampaikan ini sedikit sebanyak meringankan beban kewangan penerima serta membawa kegembiraan dan keceriaan kepada mereka dalam menyambut Tahun Baharu Cina bersama keluarga tersayang.

Tambahnya, semua perayaan termasuklah Tahun Baharu Cina adalah suasana yang patut diraikan dengan suasana yang penuh kegembiraan serta mengukuhkan semangat perpaduan antara masyarakat berbilang kaum.

Program dilaksanakan melibatkan UMNO Bahagian Padang Besar, kepimpinan MCA Bahagian Padang Besar dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).