Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga

MetMalaysia

KUALA LUMPUR, 11 Februari- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan lima kawasan di Kedah merekodkan tahap berjaga-jaga (Tahap Satu) susulan cuaca panas.

RINGKASAN BERITA AI
  • MetMalaysia isytihar Tahap 1 berjaga-jaga untuk lima kawasan di Kedah kerana suhu maksimum 35–37°C berterusan sekurang-kurangnya tiga hari.
  • Kawasan terlibat: Pokok Sena, Pendang, Baling, Padang Terap dan Kulim.
  • Orang ramai dinasihatkan rujuk status cuaca panas terkini di laman web MetMalaysia.

MetMalaysia menerusi hantaran di Facebook menyatakan kawasan terlibat ialah Pokok Sena, Pendang, Baling, Padang Terap dan Kulim.

“Tahap berjaga-jaga: Suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut,” menurut jabatan itu.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh merujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.