
TOKYO, 1 Februari – Salji tebal terus melanda beberapa kawasan di utara dan barat Jepun pada Sabtu.
RINGKASAN BERITA AI
- Bandar Aomori rekodkan salji setebal 167 sentimeter, paras tertinggi sejak 1945.
- Keadaan cuaca buruk melibatkan kawasan sepanjang pantai Laut Jepun.
- Niigata dan Uonuma dilaporkan dilitupi salji tebal melebihi 273 sentimeter.
- Wilayah utara dan barat Jepun terus mengalami hujan salju lebat.
Media tempatan melaporkan bandar Aomori di utara Jepun merekodkan jumlah salji setebal 167 sentimeter pada Jumaat, paras tertinggi sejak 1945.
Keadaan cuaca buruk itu turut menyelubungi kawasan di sepanjang pantai Laut Jepun, termasuk Niigata di utara negara itu serta Kyoto di bahagian barat.
Menurut laporan media tempatan, paras litupan salji di bandar Uonuma di wilayah Niigata melepasi kedalaman 273 sentimeter pada Jumaat.-REUTERS