DPMM FC diikat Melaka FC 1-1 di laman sendiri

                                          DPMM FC sekadar seri 1-1 di laman sendiri – MFL

BRUNEI, 1 Februari – DPMM FC gagal memanfaatkan aksi di laman sendiri selepas terikat 1-1 menentang Melaka FC di Stadium Negara Hassanal Bolkiah di Brunei.

RINGKASAN BERITA AI
  • DPMM FC terikat 1-1 dengan Melaka FC di stadium sendiri.
  • Muhammad Syafiq Ahmad memecah kebuntuan pada minit ke-27 untuk tuan rumah.
  • <li.Ahmed Shamsaldin menyamakan kedudukan pada minit ke-53 untuk Melaka FC.
  • DPMM kini di tangga ketujuh dengan 18 mata; Melaka di kedudukan kedua tercorot dengan 10 mata.

Pasukan tuan rumah bermula cemerlang apabila berjaya mendahului pada babak pertama hasil jaringan penyerang Muhammad Syafiq Ahmad pada minit ke-27.

Kedua-dua pasukan berusaha mencari jaringan, namun kedudukan 1-0 kekal sehingga waktu rehat.

                      Tuan rumah DPMM FC berjaya mendahului seawal minit ke-27 – MFL

Bersambung babak kedua, pelawat bangkit untuk mencari gol penyamaan dan berjaya menembusi gawang pada minit ke-53 hasil jaringan penyerang import, Ahmed Shamsaldin.

Selepas jaringan penyamaan itu, kedua-dua pasukan dilihat bermain dengan lebih berhati-hati dan tiada tambahan gol berjaya dihasilkan.

Kedudukan seri 1-1 kekal hingga tamat perlawanan.

                        Melaka FC berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-53 – MFL

Keputusan itu menyaksikan DPMM FC kini ditangga ketujuh liga dengan 18 mata selepas 16 perlawanan.

Manakala Melaka FC menghuni kedudukan kedua tercorot selepas hanya mengumpul 10 mata hasil daripada 15 perlawanan.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan