Lima kelab Inggeris mara ke pusingan 16 terbaik Liga Juara

Foto AFP

PARIS, 29 Januari – Lima kelab Inggeris layak ke pusingan 16 terbaik Liga Juara Eropah selepas menduduki lapan teratas dalam fasa liga.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lima kelab Inggeris — Arsenal, Liverpool, Manchester City, Chelsea dan Tottenham — layak ke pusingan 16 terbaik Liga Juara Eropah.
  • Tiga lagi pasukan yang mara ialah Bayern Munich, Barcelona dan Sporting Lisbon, lengkapkan kelompok lapan teratas fasa liga.
  • PSG dan Real Madrid perlu melalui pusingan kalah mati play-off selepas keputusan perlawanan penentuan; Newcastle juga ke play-off.

Lima kelab terbabit ialah Arsenal, Liverpool, Manchester City, Chelsea dan Tottenham yang mengesahkan laluan tersebut bersama tiga lagi pasukan iaitu Bayern Munich, Barcelona dan Sporting Lisbon.

Juara bertahan, Paris Saint-Germain (PSG) pula perlu melalui pusingan kalah mati (play-off) bersama Real Madrid selepas juara rekod 15 kali itu tewas 2-4 di tangan Benfica.

Madrid berkemungkinan menentang Benfica dalam play-off, yang undiannya akan dibuat pada Jumaat.

Newcastle, juga mara ke play-off dan akan bertemu sama ada Monaco atau Qarabag bulan depan. – AFP