PM seru henti pertelingkahan isu bahasa, fokus pendidikan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, fokus utama perlu diberikan kepada peningkatan mutu pendidikan bagi memastikan masa depan anak-anak negara terus terjamin./Foto BERNAMA

BENTONG, 22 Januari – Rakyat Malaysia diseru menghentikan pertelingkahan kaum berkaitan isu bahasa dan menumpukan usaha membina masa depan generasi muda yang lebih berdaya saing serta bersatu padu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hentikan pertelingkahan kaum berkaitan isu bahasa; fokus kepada perpaduan dan masa depan generasi muda.
  • Tingkatkan mutu pendidikan dengan penekanan pada penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk daya saing global.
  • Pastikan murid menguasai bahasa ibunda serta Sains, Matematik, teknologi digital dan AI sejak awal persekolahan.

Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, fokus utama perlu diberikan kepada peningkatan mutu pendidikan bagi memastikan masa depan anak-anak negara terus terjamin.

“Tumpuan kita adalah untuk meningkatkan mutu pendidikan anak-anak Malaysia. Penguasaan Bahasa Melayu yang baik kekal sebagai keutamaan dalam negara ini, di samping penekanan terhadap kepentingan menguasai Bahasa Inggeris bagi membolehkan kita bersaing di peringkat global,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama masyarakat Tionghua di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Perting di sini hari ini.

Perdana Menteri turut menegaskan bahawa kerajaan kekal komited memastikan murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, serta sekolah kebangsaan yang menawarkan subjek bahasa tambahan, dapat menguasai bahasa ibunda masing-masing dengan baik, termasuk bahasa Cina, Tamil dan Arab.

Beliau turut menekankan kepentingan penguasaan Sains, Matematik, teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) di peringkat awal persekolahan bagi melahirkan generasi yang mampu bersaing di dalam negara, rantau ASEAN serta di peringkat global.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan