SADA sumbang kelengkapan sekolah kepada 600 pelajar

Program anjuran Syarikat Air Darul Aman (SADA) memasuki edisi ketiga/Foto SADA

ALOR SETAR, 21 Januari — Seramai 600 murid sekolah rendah di negeri ini menerima sumbangan kelengkapan persekolahan menerusi Program Jom Kembali Ke Sekolah 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • SADA mengadakan Program Jom Kembali Ke Sekolah 2026 bagi meringankan beban keluarga kurang berkemampuan.
  • 600 murid dari 12 sekolah rendah di Kedah menerima uniform PJK, beg sekolah dan set alat tulis.
  • Setiap sekolah juga menerima televisyen pintar 65 inci untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.

Program anjuran Syarikat Air Darul Aman (SADA) itu memasuki edisi ketiga penganjurannya bagi meringankan beban ibu bapa dan penjaga golongan kurang berkemampuan.

Sumbangan melibatkan 12 sekolah rendah di seluruh Kedah, antaranya Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Jamat, SK Paya Mengkuang, SK Tunku Bendahara, SK Pokok Sena, SK Pedu dan Sekolah Kebangsaan Tanjong Dawai.

Turut terlibat ialah SK Semeling, SK Taman Jelutong, SK Bandar Baharu, SK Chemara, SK Binjul dan SK Jeneri.

“Setiap murid menerima sumbangan berupa uniform Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK), beg sekolah serta set alat tulis bagi membantu persiapan persekolahan sesi akademik baharu.

“Selain itu, setiap sekolah terlibat turut menerima sumbangan sebuah televisyen pintar bersaiz 65 inci bagi menyokong proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P),” menurut kenyataan itu.

Sumbangan disampaikan oleh Pengurus Besar Teknikal dan Operasi SADA, Ir. Saiful Azlan Mat Radhi yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif SADA di Dewan Seminar Menara SADA.