
KUALA LUMPUR, 14 Januari – Menteri, Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil merafak sembah dan mempersembahkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, sempena Hari Keputeraan baginda yang Ke-78.
RINGKASAN BERITA AI
- Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengucapkan tahniah kepada Tuanku Muhriz sempena Hari Keputeraan baginda yang ke-78.
- Ucapan disampaikan menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau.
- Doa agar Allah SWT memberkati pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz.
“Semoga Allah SWT memberkati pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.
“Dirgahayu Tuanku”, katanya menerusi hantaran di Facebook.