
LONDON, 8 Januari – Kementerian Pengangkutan Rusia mengecam tindakan Amerika Syarikat menahan sebuah kapal tangki berdaftar dengan negara itu di Atlantik Utara pada Rabu.
- Rusia mengecam penahanan kapal tangki M/V Bella 1 oleh Amerika Syarikat di perairan antarabangsa.
- Kementerian Pengangkutan Rusia menegaskan hak belayar bebas mengikut Konvensyen PBB Undang-Undang Laut 1982.
- Rusia menuntut layanan berperikemanusiaan terhadap anak kapal dan memantau insiden itu dengan rapat.
Amerika sebelum itu mengumumkan rampasan kapal tangki minyak M/V Bella 1 kerana didakwa melanggar sekatan Washington.
Kapal berkenaan dilaporkan dalam perjalanan ke Venezuela untuk memuatkan minyak.
Kementerian Pengangkutan Rusia berkata, mereka kehilangan hubungan dengan kapal itu selepas ia dinaiki tentera laut Amerika di perairan antarabangsa.
Rusia menegaskan di bawah Konvensyen PBB Undang-Undang Laut 1982, semua kapal berhak belayar bebas di laut lepas.
Menurut Moscow, tiada negara berhak menggunakan kekerasan terhadap kapal di bawah bidang kuasa negara lain.
Kementerian Luar Rusia berkata, mereka memantau rapat insiden itu dan menuntut layanan berperikemanusiaan terhadap anak kapal Rusia.
Media antarabangsa melaporkan kapal itu pernah disekat Amerika pada Disember 2025 di Caribbean ketika menuju ke Venezuela.
Ketika itu, ia didakwa terlibat dengan sekatan Amerika Syarikat terhadap Iran.