Banjir : Penduduk terjejas di Kedah menurun, 732 orang berlindung di lima PPS

ALOR SETAR, 29 Oktober –  Penduduk terjejas banjir di Kedah terus menunjukan sedikit penurunan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jumlah mangsa di PPS menurun, kini 732 orang daripada 205 keluarga berlindung di lima PPS di Kedah.
  • Pendang paling terjejas dengan 580 mangsa (162 keluarga) ditempatkan di tiga PPS.
  • Kota Setar ada 140 mangsa di SK Haji Idris Tajar; Pokok Sena 12 mangsa di Dewan Serbaguna Pokok Sena.

Sehingga pukul 4.00 petang, seramai 732  penduduk  terjejas banjir daripada 205 keluarga masih berlindung di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah di negeri itu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Kedah dalam kenyataan berkata, seramai 580 penduduk daripada 162 keluarga di daerah Pendang ditempatkan di tiga PPS.
 
Penduduk terjejas ditempatkan di PPS Dewan Rakan Sukan Tanah Merah, Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Puteh dan di SK Tunku Intan Shafinaz.
 
Di Kota Setar, seramai 140 penduduk daripada 39 keluarga ditempatkan di sebuah PPS iaitu di SK Haji Idris Tajar. Manakala, di Pokok Sena, terdapat 12 penduduk daripada empat keluarga berlindung di Dewan Serbaguna Pokok Sena.
 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.