Presiden AS diseludup keluar dari ‘Air Force One’, elak ancaman Iran

Foto BERNAMA

Amerika Syarikat, 12 Ogos – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilaporkan terpaksa diseludup keluar dari pesawat rasmi Air Force One menggunakan sebuah lori katering dalam satu operasi keselamatan rahsia bagi melindungi beliau daripada ancaman pembunuhan yang dikaitkan dengan Iran.

RINGKASAN BERITA AI
  • Operasi dilakukan ketika pulang dari Sidang Kemuncak NATO di Ankara, Turkiye pada 8 Julai.
  • Beliau dikatakan menaiki pesawat bersama wartawan dan beberapa kakitangan White House.
  • Laporan menyebut langkah itu sebahagian helah keselamatan bagi mengaburkan lokasi sebenar sepanjang penerbangan pulang.
  • Maklumat dikongsi oleh agensi berita antarabangsa AFP.

Operasi berkenaan dilakukan ketika Trump dalam penerbangan pulang daripada menghadiri Sidang Kemuncak NATO di Ankara, Turkiye pada 8 Julai lalu.

Terdahulu Trump dikatakan menaiki pesawat ‘Air Force One’ bersama sekumpulan wartawan dan sebahagian kakitangan White House, namun dilaporkan dipindahkan secara rahsia ke dalam sebuah pesawat yang lebih kecil menggunakan lori katering lapangan terbang yang biasanya digunakan untuk memuatkan bekalan makanan.

Laporan tersebut menyebut operasi berkenaan merupakan sebahagian daripada helah keselamatan yang direka untuk mengaburkan lokasi sebenar Trump sepanjang penerbangan pulangnya – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.