Korea Utara lancar peluru berpandu balistik ke arah Laut Jepun

Foto REUTERS

SEOUL, 12 Ogos – Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik pada awal pagi Rabu, dari kawasan Wonsan dengan menyasarkan ke arah Laut Timur, yang turut dikenali sebagai Laut Jepun.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ketua Turus Bersama Korea Selatan (JCS) mengesahkan pelancaran dikesan sekitar jam 6 pagi waktu tempatan.
  • Kementerian Pertahanan Jepun berkata peluru berpandu dipercayai balistik telah jatuh, namun tiada butiran lanjut diberikan.
  • Pelancaran berlaku beberapa hari sebelum latihan AS-Korea Selatan selama 11 hari; Pyongyang mengutuk latihan sebagai persediaan pencerobohan.

Ketua Turus Bersama Korea Selatan (JCS) berkata, pelancaran itu dikesan sekitar jam 6 pagi waktu tempatan.

“Ketenteraan kami mengesan sekitar jam 6 pagi peluru berpandu balistik yang dilancarkan Korea Utara dari kawasan Wonsan menuju ke Laut Timur,” kata JCS dalam satu kenyataan.

Kementerian Pertahanan Jepun pula memaklumkan, peluru berpandu yang dipercayai jenis balistik itu ‘telah pun jatuh’, namun tiada butiran lanjut mengenainya.

Pelancaran tersebut berlaku hanya beberapa hari sebelum Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan dijadual memulakan latihan ketenteraan bersama selama 11 hari pada Isnin.

Latihan berkenaan bertujuan memperkukuh kesiapsiagaan kedua-dua negara dalam menghadapi sebarang ancaman dari Korea Utara, yang memiliki senjata nuklear.

Pyongyang mengecam latihan ketenteraan itu serta menyifatkan latihan tersebut sebagai sebagai persiapan untuk menceroboh wilayah mereka. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.