KUALA LUMPUR, 26 Oktober – Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik gagal mara ke final selepas tewas straight set kepada pasangan Indonesia, Fajar Alfian dan Muhammad Shohibul Fikri pada separuh akhir Terbuka Perancis 2025.
RINGKASAN BERITA AI
- Aaron Chia dan Soh Wooi Yik tewas di separuh akhir Terbuka Perancis 2025 kepada pasangan Indonesia.
- Mereka kalah dalam dua set langsung, 14-21 dan 19-21, dalam perlawanan selama 40 minit.
- Kekalahan ini merupakan kekalahan kedua berturut-turut kepada Fajar Alfian dan Muhammad Shohibul Fikri.
- Ketiadaan kemenangan bermakna tiada lagi wakil Malaysia di kejohanan tersebut.
- Fajar dan Muhammad Shohibul akan bertemu Kim Won Ho dan Seo Seung Jae di final.
Pada aksi di Glaz Arena, gandingan nombor dua dunia itu tewas 14-21, 19-21 dalam masa 40 minit, menjadikan ia kekalahan kedua berturut-turut kepada pasangan Indonesia tersebut selepas pertembungan di Terbuka China pada Julai lepas.
Kekalahan itu bermakna tiada lagi wakil Malaysia dalam kejohanan tersebut.
Sementara itu, Fajar dan Muhammad Shohibul akan berdepan pasangan nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho dan Seo Seung Jae di final. – BERNAMA