Sultan Terengganu rasmi Mayang Mall

KUALA TERENGGANU, 21 Jun – Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Mayang Mall, iaitu sebuah pusat beli-belah moden di negeri itu.

Turut berangkat pada majlis itu ialah Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah, Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail serta paduka-paduka anakanda.

Mayang Mall merupakan pelaburan hartanah pertama Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) di Pantai Timur, dengan nilai pelaburan melebihi RM400 juta.

Kewujudannya dijangka mampu merangsang pertumbuhan sektor-sektor lain seperti peruncitan, perkhidmatan dan peluang pekerjaan.

Pusat beli-belah itu telah mula beroperasi sejak Disember 2024.