
ISTANBUL, 4 April –Serangan udara AS-Israel menyasarkan beberapa lokasi di ibu negara Iran, Tehran, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Mehrabad dan Shahid Beheshti University, menurut televisyen kerajaan Iran pada Jumaat, lapor Anadolu Ajansi.
RINGKASAN BERITA AI
- Shahid Beheshti University di Velenjak dilaporkan mengalami kerosakan akibat serangan.
- Lapangan Terbang Antarabangsa Mehrabad di barat Tehran turut menjadi sasaran.
- Tiada maklumat segera diperoleh mengenai kemungkinan korban jiwa atau tahap kerosakan.
- Bulan Sabit Merah Iran memaklumkan Israel menyasarkan Institut Plasma dan Laser di Shahid Beheshti.
Menurut saluran televisyen itu, serangan berkenaan menyebabkan kerosakan kepada Shahid Beheshti University di Velenjak, barat laut Tehran, manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Mehrabad di barat Tehran turut menjadi sasaran.
Tiada maklumat segera diperoleh mengenai kemungkinan korban jiwa atau tahap kerosakan yang berlaku.
Di Telegram, Bulan Sabit Merah Iran memaklumkan bahawa Israel menyasarkan Institut Plasma dan Laser di Shahid Beheshti University di utara Tehran. – BERNAMA