Jawatankuasa Khas Parlimen syor kerajaan beri subsidi susu, tangani masalah bantut kanak-kanak

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat Parlimen Yeo Bee Yin

KUALA LUMPUR, 25 Februari -Jawatankuasa Pilihan Khas Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat Parlimen mencadangkan subsidi susu diperkenalkan atau disasar semula bagi menangani masalah bantut dalam kalangan kanak-kanak.

RINGKASAN BERITA AI
  • Cadangkan subsidi atau sasaran semula bagi susu untuk sokong pertumbuhan kanak-kanak dan atasi masalah bantut.
  • Perkenalkan pemantauan wajib pertumbuhan kanak-kanak bawah lima tahun melibatkan semua kementerian dan agensi.
  • Pergiatkan kempen kesedaran pemakanan dan wajibkan pelabelan hadapan Nutri-Grade; kaji pendekatan undang-undang serupa Indonesia.

Pengerusinya yang juga ahli Parlimen Puchong Yeo Bee Yin berkata, susu penting bagi pertumbuhan sihat, namun tidak diberi keutamaan seperti minyak masak dan gula yang menerima subsidi besar.

Menurut beliau, tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2022 merekodkan kadar bantut kanak-kanak bawah lima tahun meningkat kepada 21.2 peratus berbanding 17.7 peratus pada 2015, dengan Malaysia satu-satunya negara ASEAN yang mencatat peningkatan sejak 2000.

“Jawatankuasa mendapati bahawa masalah bantut dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia menjadi lebih sukar dikesan selepas umur 18 bulan iaitu selepas tamat jadual imunisasi rutin, sehingga mereka hadir ke tadika pada umur lima tahun.

“Jawatakuasa mnegesyorkan KKM dengan kerjasama KPWKM semua kementerian dan agensi terlibat untuk perkenalkan mekanaisme pemantaun wajib untuk kanak kanak bawah lima tahun sama ada yang menggunakan perkhidmatan kerajaan atau swasta untuk memastikan pertumbuhan kanak kanak di malaysia dipantau dengan sistematik,” katanya.

Yeo Bee Yin berkata demikian semasa sesi penerangan penyata berkaitan dasar pemakanan Malaysia yang berfokus kepada masalah bantut dalam kalangan kanak -kanak di Parlimen.

Sementara itu, kempen kesedaran pemakanan perlu dipergiat dan pelabelan hadapan pek Nutri-Grade dilaksanakan secara mandatori. Malaysia juga disaran meneliti pendekatan Indonesia yang berjaya menurunkan kadar bantut melalui mandat undang-undang khusus.