1,000 peserta sertai Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana di Kangar

Foto RTM

KUALA PERLIS, 14 Mac -Seramai 1,000 peserta tadarus menghadiri Majlis Tadarus dan Khatam al-Quran Perdana Peringkat Parlimen Kangar.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pelbagai aktiviti membudayakan al-Quran bagi semua peringkat usia.
  • Usaha melahirkan masyarakat celik al-Quran serta menghayati isi kandungan dalam kehidupan seharian.
  • Program mengimarahkan Ramadan, mengumpulkan muslimat dalam majlis ilmu dan memberi kesedaran mengamalkan ayat-ayat suci.

Pengerusi Yayasan Khayr Ummah Antarabangsa (IKAF), Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata, pelbagai tumpuan diberikan dengan pelbagai aktiviti membudayakan al-Quran di semua peringkat usia.

Sekali gus melahirkan masyarakat celik al-Quran dan berupaya menghayati isi kandungan kitab suci berkenaan dalam kehidupan seharian.

“Program yang melibatkan muslimat dari pelbagai peringkat usia ini bagi mengimarahkan bulan Ramadan dan mengambil peluang mengumpulkan golongan wanita dalam satu majlis ilmu yang memberikan pelbagai manfaat,” katanya pada Majlis Penutup Tadarus dan Khatam al-Quran Perdana Parlimen Kangar di Masjid Ar-Rahmaniah, di sini.

Penganjuran program Tadarus dan Khatam al-Quran itu juga memberi kesedaran kepada semua mengenai pentingnya mempelajari, memahami dan menghayati serta mengamalkan ayat-ayat suci yang terkandung dalam al-Quran.