fb fb fb fb fb

Zuraidin tarik diri sebagai calon Presiden Persatuan Sepak Takraw

 

GAMBAR FAIL

KUALA LUMPUR, 10 Februari- Menjelang pemilihan Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM), Sabtu ini.

Presiden Gabungan Sepak Takraw Kelantan (GASTAK) Zuraidin Abdullah mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan utama itu.

Perkara berkenaan diumum beliau menerusi satu kenyataan.

Selain jawatan presiden, Zuraidin juga memutuskan untuk tidak bertanding bagi mengisi mana-mana jawatan pada mesyuarat berkenaan.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat bagi memberi laluan kepada Presiden Persatuan Sepak Takraw Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Mohd Sumali Reduan untuk menerajui PSM.

Zuraidin turut memberi jaminan, GASTAK akan terus menyokong PSM bagi menangani segala isu sehingga persatuan itu dapat diterima semula oleh Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF).

Media Baharu