fb fb fb fb fb

Atlet hoki tiada pasukan boleh sertai Skuad Pembangunan Konfederasi



KUALA LUMPUR, 10 Februari- Atlet baharu yang tidak mempunyai pasukan mungkin dibenar menyertai Skuad Pembangunan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) yang bakal membuat penampilan sulung dalam Liga Hoki Malaysia 2022.

Kata putus mengenai barisan pemain akan ditentukan Pengarah Teknikal Pembangunan dan Skuad Projek Khas, Paul Revington yang akan memilih pemain berdasarkan kemahiran.

Mereka juga akan mendapat tunjuk ajar daripada jurulatih yang identitinya bakal diumum minggu hadapan.

"Kami telah mengenal pasti jurulatih yang terlibat dan perkara ini akan diumumkan minggu hadapan. Saya juga optimis pasukan ini mampu membuat kejutan biarpun bakal berdepan tugas sukar dalam kempen liga kali ini," jelas Datuk Seri Subahan pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Peralatan Sukan Program Pembangunan Hoki Negara 2022.

Ditanya mengenai kebimbingan dengan penularan COVID-19 yang menunjukkan peningkatan mendadak sejak kebelakangan ini, Subahan berkata pihaknya teruja untuk memulakan LHM musim ini dan menyerahkan kepada pihak kerajaan sekiranya terdapat sebarang perubahan. 



Media Baharu