fb fb fb fb fb

Penganjuran acara sukan tempatan dan antarabangsa diteruskan, meski kes COVID-19 meningkat



KUALA LUMPUR, 11 Februari - Peningkatan kes harian COVID-19 tidak akan menghalang penganjuran acara sukan tempatan dan antarabangsa.

Bagi mengelak ia terjejas, Kementerian Belia dan Sukan akan memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) dipatuhi.

Menurut Menterinya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, industri sukan tempatan terjejas teruk sejak tahun 2020 akibat Perintah Kawalan Pergerakan.

Justeru, peluang yang tersedia ketika ini perlu dimanfaatkan sebaiknya.

Faizal optimis SOP tidak menjadi penghalang kepada penganjuran sukan.

Ini terbukti menerusi beberapa program sukan yang telah berlangsung termasuk penganjuran ujian pramusim MotoGp di litar antarabangsa Sepang baru-baru ini.

 

Media Baharu