KUALA LUMPUR, 11 Februari - Kelab Liga Premier, Kelantan United FC (KUFC) menerima tajaan RM150,000 hasil kerjasama dengan syarikat telekomunikasi dari Jepun (KDDI) Malaysia.
Kerjasama merangkumi perancangan program pembangunan bola sepak bagi kelab pantai timur itu.
Persetujuan dimeterai hasil cetusan idea Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada yang memperkenalkan KFC kepada KDDI Malaysia.
KDDI juga berminat menjalinkan kerjasama selepas pemain Lagenda Jepun Masashi Motoyama menyarung jersi KUFC bagi musim ini.
Majlis menandatangani penajaan itu diwakili Pengarah Urusan KDDI, Masaki Matsuura dan Pengurus Piala Belia, Rozi Muhamad.
Pengarah Urusan KDDI Malaysia, Masaki Matsuura menyifatkan penajaan itu bakal memberi manfaat kepada KUFC serta pembangunan bola sepak negeri.
Selain KDDI Malaysia, Yakult turut menjadi penaja utama KUFC musim ini dengan nilai tajaan lebih RM760,000.