ENGLAND, 11 Februari - Liverpool kembali membuka peluang dalam persebutan gelaran juara Liga Perdana Inggeris selepas menang 2-0 ke atas Leicester di Anfield awal pagi tadi.
Kemenangan itu menyaksikan The Reds kini mengurangkan jarak kepada 9 mata di belakang pendahulu, Manchester City dengan kelebihan satu perlawanan dalam tangan.
Pada aksi tersebut, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp meletakkan Mohamed Salah di bangku simpanan selepas bintang Mesir itu baharu pulang daripada kempen Piala Negara-Negara Afrika.
Manakala Sadio Mane pula tidak diturunkan kerana masih bersama skuad kebangsaan Senegal yang menjuarai kempen tersebut.
Ketiadaan dua pemain itu memberi peluang kepada Diogo Jota untuk mencuri tumpuan dengan meledak 2 gol pada minit ke-34 dan 87, sekali gus menghadiahkan 3 mata penting buat The Reds.
Ini jaringan ke-27 penyerang Portugal itu dalam kempen musim ini.
Kejayaan itu juga menyaksikan Liverpool kekal di tangga kedua dengan 51 mata, 4 mata mengatasi Chelsea di tangga ketiga.