fb fb fb fb fb

BATC 2022: Zii Jia optimis pasukan negara mampu mara ke final


KUALA LUMPUR, 11 Februari- Menjelang Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022, Lee Zii Jia optimis skuad negara mampu melepasi sasaran ke separuh akhir, sekali gus mara ke final kejohanan berkenaan.

Sandaran utama bagi acara perseorangan lelaki itu kini kembali menjalani latihan bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas meninggalkan badan induk sukan tersebut.

Beliau juga yakin mampu menempah slot automatik ke Piala Thomas 2022 biarpun berdepan laluan mencabar dalam kumpulan B.

"Sejujurnya saya tidak mahu memberi tekanan kepada pasukan dan diri sendiri, namun dengan barisan pemain yang ada saya yakin kami mampu ke final,

"Ini memandangkan pasukan lain menghantar barisan kedua pemain manakala pasukan Malaysia menghantar pemain yang terbaik," jelasnya kepada Berita RTM di ibu negara.

Dalam kempen yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, dari 15 hingga 20 Feb ini, skuad lelaki negara bakal berdepan Jepun, Singapura dan Kazakhstan dalam kumpulan B.

Pada edisi 2020 di Filipina, skuad lelaki negara tewas 1 - 3 di pusingan final kepada juara tiga kali, Indonesia.

Media Baharu