fb fb fb fb fb

Zii Jia kandas awal di Terbuka Perancis

Foto FB BAM

PARIS, 7 Mac- Pemain perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia tersingkir pada pusingan pertama awal Badminton Terbuka Perancis, awal pagi tadi.

Pemain nombor 10 dunia itu dijinakkan pemain Denmark yang menduduki ranking ke-33, Magnus Johannesen 21-15, 21-19.

Aksi yang berlangsung di Arena Porte De La Chapelle, Paris merupakan pertemuan kedua mereka, dengan Zii Jia sebelum ini mudah mengatasi lawannya ketika pusingan pertama Terbuka Jerman, tahun lalu.

Turut menerima nasib sama, beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah yang juga bekas juara 2022.

Pasangan itu terpaksa akur apabila tunduk di tangan pilihan kelima kejohanan dari China, Zhang Shu Xian-Zheng Yu 18-21, 21-12 dan 21-16.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM