fb fb fb fb fb

Yamal, Roberto selamatkan maruah tanpa kalah Barcelona

FOTO AFP

GRANADA, 9 Oktober- Barcelona bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mencatatkan keputusan seri 2-2 dengan Granada pada Ahad.

Aksi yang berlangsung di stadium Los Cármenes menyaksikan Bryan Zaragoza menjaringkan dua gol untuk pasukan tuan rumah, pada babak pertama seawal minit pertama dan minit ke-29.

Namun, gol Lamine Yamal dan Sergi Roberto tidak membenarkan Granada selesa di depan sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah Barca dalam La Liga.

Bagaimanapun, rakyat Catalan kini berada di kedudukan ketiga dan duduk tiga mata di belakang pendahulu, Real Madrid dan satu mata di belakang jiran Girona, yang kedua-duanya menang pada Sabtu.

Zaragoza meledak dua gol pada separuh masa pertama, memecahkan kebuntuan selepas hanya 17 saat mencetak gol terpantas yang dijaringkan Barcelona pada abad ke-21.

Yamal pula menjadi penjaring gol termuda La Liga, berusia 16 tahun.

Skuad kendalian Xavi Hernandez itu cuba untuk memburu kemenangan selepas gol lewat João Félix pada masa kecederaan dinafikan video bantuan pengadil (VAR), akibat 'offside'.

Ia merupakan kemunculan semula ketiga yang mereka lakukan dalam beberapa minggu kebelakangan ini, menewaskan Celta Vigo daripada dua gol ke bawah dan dua kali ketinggalan di Mallorca dalam satu lagi keputusan seri 2-2.


(FOTO AFP)

"Saya rasa kami benar-benar mendominasi. Kami mencipta peluang, kami berhak mendapat lebih banyak tetapi kami banyak juga lakukan kesilapan. Kami tidak boleh bermula dengan cara itu."

"Kami mengambil satu titik, yang bagi kami, tidak mencukupi."

"Bryan seperti peluru, bukan mudah untuk berhenti apabila dia pecut," kata Xavi kepada DAZN.

Sementara itu, gol penalti Antoine Griezmann pada minit akhir permainan memastikan Atletico Madrid merampas tempat keempat liga, menewaskan Real Sociedad 2-1 pada Ahad.- AFP

Media Baharu