fb fb fb fb fb

GP Qatar: Hamilton ambil tanggungjawab insiden rempuhan dengan rakan sepasukan

(FOTO AFP)

DOHA, 9 Oktober- Lewis Hamilton mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas perlanggaran dengan rakan sepasukan George Russell di selekoh ketika aksi pembukaan yang menyaksikannya tersingkir daripada saingan GP Qatar.

Juara dunia tujuh kali itu kehilangan tayar kanan belakangnya apabila dia melanggar sayap hadapan jentera Russell ketika dia cuba melepasinya.

Akibat daripada perlanggaran tersebut, jentera Russell juga dilihat berpusing namun selepas pembaikan segera di pit-stop dia kembali menyertai perlumbaan dan menduduki tempat keempat.

"Saya sangat kasihan dengan pasukan saya," kata Hamilton. “Peluang itu ada untuk kami meraih banyak mata yang bagus.

"Semuanya dalam keadaan panas. Maksud saya... saya tidak begitu faham apa yang berlaku. Saya hanya merasakan ketukan dari belakang. Ia hanya salah satu daripada situasi yang sangat malang. Saya ambil tanggugjawan atas insiden tersebut.

"Semua orang bekerja dengan sangat gigih dan ia jadi amat sukar untuk akhirnya mendapat keputusan seperti ini. Ia sangat jarang berlaku untuk saya, tetapi saya berharap George dapat kembali mengutip mata."

Dia kemudiannya menyiarkan di X (dahulunya Twitter), mengesahkan ia adalah kesalahannya.

"Saya telah menonton ulang tayang dan ia saya pasti 100% salah saya dan saya bertanggungjawab sepenuhnya. Mohon maaf kepada pasukan saya dan kepada George," katanya.

Russell berkata, dia kecewa kerana merasakan penamat podium adalah sasaran realistik untuk kedua-dua pemandu Mercedes sebelum perlumbaan.

Hamilton adalah satu-satunya pemandu utama yang memulakan perlumbaan dengan tayar lembut, memberikannya kelebihan cengkaman pada peringkat awal perlumbaan, ketika dia berusaha untuk melepasi kedua-dua Russell dan Max Verstappen yang bermula dari petak utama.

Verstappen, yang merangkul kejuaraan dunia ketiga berturut-turut pada Sabtu, melakar kemenangan dalam perlumbaan itu.

Russell berkata: "Saya tahu ia bukan sesuatu yang disengajakan. Apabila anda berlumba di dalam jentera ini, anda tidak dapat melihat kerana mereka mempunyai titik buta yang besar dan ia sangat sukar. Saya pasti kita akan bercakap mengenainya dan ia akan menjadi semuanya baik."

Hamilton didenda 50,000 euro (AS$52,758), separuh daripadanya digantung, dan diberi teguran oleh pemandu perlumbaan kerana berjalan melintasi trek selepas kemalangan itu.

"Semasa sesi pendengaran, pemandu jentera bernombor 44 itu memohon maaf dan menyedari bahawa keadaan itu mungkin sangat berbahaya baginya serta pemandu yang menghampiri," kata steward dalam satu kenyataan.

Dengan baki lima perlumbaan, Hamilton berada di tempat ketiga dalam perlumbaan kejuaraan pemandu dengan 194 mata di belakang Verstappen dengan 433 dan pemandu kedua Red Bull Sergio Perez, yang menduduki tempat ke-10, dengan 225.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu