fb fb fb fb fb

F1 GP QATAR: Cuaca ekstrem, Lance Stroll dedah pitam, penglihatan kabur

(FOTO AFP)

DOHA, 9 Oktober- Pelumba F1 Aston Martin, Lance Stroll mendedahkan dirinya pitam dan mengalami kabur penglihatan ketika berlumba di Grand Prix Qatar pada Ahad.

Anak lelaki pemilik pasukan Kanada Lawrence Stroll berusia 24 tahun itu menduduki tempat ke-11 dalam perlumbaan.

Beberapa pemandu turut mengaku muntah dalam topi keledar perlumbaan mereka manakala yang lain dirawat di pusat perubatan litar kerana mengalami dehidrasi teruk.

"Ia tidak masuk akal," katanya. “Akibat daripada suhu panas ini semuanya menjadi kabur. 25-30 pusingan terakhir ia hanya kabur di selekoh berkelajuan tinggi.

"Tekanan darah menurun, akhirnya pitam di selekoh berkelajuan tinggi dengan G-force.

"Saya tidak dapat melihat ke mana saya pergi kerana saya tidak sedarkan diri. Saya tidak rasa saya sedar sepanjang masa, suhu terlalu tingii."

Pelumba Williams Alexander Albon dan Logan Sargeant kedua-duanya mengalami teruk akibat kepanasan dan penghidratan.

Albon dimasukkan ke pusat perubatan untuk rawatan manakala Sargeant menarik diri selepas mengadu tidak sihat.

Dalam satu kenyataan, Williams berkata: "Susulan perlumbaan di Grand Prix Qatar, Alex dibawa ke pusat perubatan untuk dirawat kerana pendedahan haba akut (acute heat exposure). Dia kini berada dalam keadaan stabil dan telah menerima rawatan."-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu