fb fb fb fb fb

EPL: Jarrod Bowen 'berjodoh' dengan The Hammers sehingga 2030

(FOTO AFP)

LONDON, 9 Oktober- Penyerang Wet Ham, Jarrod Bowen telah memeterai kontrak baharu tujuh tahun bersama kelab itu pada Ahad.

Kelab Liga Perdana itu memaklumkan, Bowen, 26 tahun telah menjaringkan 45 gol dalam 166 penampilan untuk The Hammers, termasuk membantu pasukan menang dalam aksi final Europa Conference League musim lalu untuk menjulang trofi pertama kelab itu sejak 1980.

Bowen, yang dipanggil semula ke skuad England minggu lalu, telah menjaringkan lima gol dalam sembilan penampilan musim ini.

“Semua orang tahu apa makna kelab ini kepada saya, jadi komitmen masa depan saya sehingga 2030 amat bermakna buat saya dan keluarga saya,” kata Bowen.

"Memenangi LEuropa Conference League di Prague adalah saat yang menakjubkan, menjaringkan gol kemenangan pada minit terakhir akan menjadi sesuatu yang saya akan hargai selama-lamanya."

Bos West Ham, David Moyes menyifatkan kontrak itu sebagai berita menakjubkan untuk kelab berkenaan.

Bowen, yang menyertai West Ham dari Hull dengan nilai £18 juta pada 2020, sebelum ini telah dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool sebagai bakal pengganti Mohamed Salah.-AFP


(FOTO IG WEST HAM)

Media Baharu