fb fb fb fb fb

Aksi kelayakan EURO 2024 antara Israel dengan Switzerland ditangguh

(FOTO HIASAN)

PARIS, 9 Oktober- UEFA pada Ahad mengumumkan perlawanan kelayakan Euro 2024 minggu depan antara Israel dan Switzerland, yang dijadualkan pada Khamis, telah ditangguhkan ekoran konflik yang melanda negara itu.

“Berdasarkan situasi keselamatan semasa di Israel, UEFA telah memutuskan untuk menangguhkan semua perlawanan yang dijadualkan di Israel dalam beberapa minggu akan datang dengan tarikh baharu akan disahkan dalam masa terdekat,” kata UEFA dalam satu kenyataan.

UEFA berkata pihknya juga memerlukan beberapa hari lagi untuk menilai sama ada perlawanan kelayakan Eropah 2024 Kosovo–Israel boleh berlangsung pada tarikh yang dirancang pada 15 Oktober atau turut memerlukan penangguhan.

"UEFA akan terus memantau situasi dengan teliti dan akan berhubung dengan semua pasukan yang terlibat sebelum membuat keputusan mengenai tarikh baharu dan menjangkakan kemungkinan perubahan pada perlawanan akan datang," tambah kenyataan itu.

Dua perlawanan Eropah Bawah 21 Tahun yang dijadualkan untuk Israel menentang Estonia pada 12 Oktober dan Jerman pada 17 Oktober juga telah ditangguhkan, bersama-sama dengan kejohanan mini Bawah 17 Eropah membabitkan Israel, Belgium, Gibraltar dan Wales dari 11-17 Oktober.-AFP


(FOTO HIASAN)

Media Baharu