fb fb fb fb fb

Widad K-League meriahkan kancah bola sepak Kedah




ALOR SETAR, 18 Februari- Aktiviti sukan bola sepak di Kedah kembali meriah dengan penganjuran Liga Tempatan Kedah atau dikenali sebagai Widad K-League 2022.

Widad K-League 2022 akan merangkumi lima kejohanan bola sepak iaitu KFA Junior Cup, Piala Menteri Besar, Piala KFA 2022, KFA Futsal League, KFA Beach Soccer.

Presiden Persatuan Bolasepak Kedah, KFA, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kesemua kejohanan tersebut akan diadakan secara berperingkat-peringkat bermula Februari hingga Disember ini.

Pertandingan pertama adalah KFA Junior Cup yang melibatkan pasukan Bawah 12 Tahun Kenari Kid dan pasukan jemputan yang akan diadakan pada 26 Februari.

"Semua kejohanan yang dianjurkan dalam Widad K-League ini saya yakin dapat memeriahkan semula kesuraman bolasepak di kedah."

"Bukan saja di Kedah tetapi seluruh negara, In Shaa Allah dengan penganjuran ini kita akan cungkil bakat-bakat baru bukan saja dikalangan pemain, malah dikalangan jurulatih, pengadil, dan industri bolasepak yang mana ia melibatkan macam sektor," kata Muhammad Sanusi.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Widad K-League 2022 di Alor Setar, Kedah.

Media Baharu