fb fb fb fb fb

Welch lakar sejarah wanita pertama adili aksi EPL

Rebecca Welch (tengah) melakar sejarah muncul pengadil wanita pertama mengadili aksi dalam Liga Perdana Inggeris ketika Fulham menentang Burnley di Craven Cottage, London lewat malam tadi/Foto AFP

LONDON, 24 Disember - Rebecca Welch melakar sejarah bergelar pengadil wanita pertama mengendalikan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Beliau yang berusia 40 tahun mengadili pertemuan antara Burnley ke atas Fulham di Craven Cottage malam tadi.

Perlawanan itu berakhir dengan Burnley melakar kemenangan mengejut 2-0 keatas pasukan tuan rumah.

Welch memberikan tiga kad kuning dan memastikan perlawanan berlangsung tanpa sebarang insiden kontroversi.

Pertembungan berlangsung lancar tanpa ditangguhkan oleh video bantuan pengadil (VAR).

Welch sebelum ini merupakan pengadil wanita pertama mengadili perlawanan Liga Bolasepak Inggeris (EFL) pada 2021 dan aksi Piala FA lelaki pada tahun lalu.

Bulan lalu, Welch muncul wanita pertama bertindak sebagai pegawai perlawanan keempat pada aksi EPL membabitkan Fulham dan Manchester United.

Welch turut mengadili beberapa perlawanan berprofil tinggi wanita, termasuk aksi pada Piala Dunia Wanita 2023 di Australia dan New Zealand. – AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN