fb fb fb fb fb

Wan Rohaimi Ketua Jurulatih baharu Penang FC

Foto Bernama

GEORGE TOWN, 14 November - Penang FC melantik bekas penyerang kebangsaan Wan Rohaimi Wan Ismail sebagai Ketua Jurulatih baharu mengisi kekosongan kerusi yang ditinggalkan Akmal Rizal Ahmad Rakhli selepas dia direhatkan sejak beberapa minggu lepas.

Pengerusi Penang FC Daniel Gooi Zi Sen berkata, Wan Rohaimi akan mengemudi pasukan Harimau Kumbang dalam saingan Liga Super sehingga hujung musim 2024/2025.

Pengalaman luas sebelum ini sebagai Ketua Jurulatih PDRM FC serta Penolong Ketua Jurulatih KL City FC diharap dapat membantu pasukan Pulau Pinang yang kini berada di tangga ke -11 Liga Super.

Ini termasuk pengalaman beliau sebagai pemain professional lebih 15 tahun mewakili pelbagai kelab di Malaysia diharap akan membawa sinar baru buat pasukan pulau mutiara itu.

“Dengan pelantikan ini, Penang FC yakin bahawa Wan Rohaimi akan membawa visi dan strategi baharu yang bakal memperkukuhkan pasukan dan meningkatkan kedudukan Penang FC dalam Liga Super Malaysia,” katanya pada sidang media pengumuman jurulatih baharu Penang FC di Komtar di sini hari ini.

Pada tahun 2003, pengendali berusia 48 tahun itu pernah mencatat pencapaian gemilang dengan memenangi Piala Sumbangsih bersama pasukan Pulau Pinang.

Trainee