KUALA LUMPUR, 31 Mac- Gandingan beregu lelaki negara, Wan Muhammad Arif Wan Junaidi-Yap Roy King semakin hampir raih gelaran sulung selepas mara ke pusingan akhir Kejohanan Badminton Masters Sepanyol 2024.
Aksi yang berlangsung di Centro Deportivo Municipal Gallur itu menyaksikan pasangan nombor 65 dunia itu mempamerkan aksi cemerlang apabila mengejutkan gandingan adik-beradik Popov, Christo-Toma Junior dari Perancis dengan 21-17, 21-17.
Pada pusingan akhir bakal menyaksikan Wan Muhammad Arif dan Roy King akan berdepan gandingan dari Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani.
Perlawanan akhir hari ini memberi peluang besar kepada gandingan Malaysia untuk membalas dendam kekalahan di peringkat separuh akhir pada Masters Indonesia 2023, September lepas.