fb fb fb fb fb

Vicente puas hati persembahan Harimau Malaya

Vicente mengakui pasukan negara terlepas beberapa peluang dalam aksi menentang India /FOTO RTM

HYDERABAD, 19 November - Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente berpuas hati dengan persembahan anak buahnya ketika seri 1-1 bertemu India di Stadium Gachibowli, di sini, semalam.

Begitupun dia mengakui kecewa dengan keputusan yang diraih.

Vicente menyifatkan aksi persahabatan itu sebagai ujian penting untuk skuadnya menjelang Kejohanan ASEAN 2024.

"Permainan ini agak sengit, pada separuh masa pertama kami bergelut untuk mencari rentak namun pada separuh masa kedua kami bertambah baik,"

"Keputusan itu agak wajar meskipun terlepas beberapa peluang pada penghujung permainan," kata Vicente pada sidang media selepas perlawanan.

Keputusan itu menyaksikan Malaysia berjaya menyekat misi The Blue Tigers untuk membalas dendam selepas tewas 2-4 dalam aksi Pestabola Merdeka 2023.

Pada Kejohanan ASEAN nanti, Malaysia yang diundi dalam Kumpulan A, akan memulakan kempen menentang Kemboja pada 8 Disember ini, diikuti Timor-Leste (11 Disember) sebelum berdepan juara bertahan Thailand (14 Disember) dan Singapura pada 20 Disember.

Trainee