fb fb fb fb fb

Usia bukan halangan, Edan terus buru impian wakili negara

Pelari jarak jauh, Mohd Syahidan Alias/FOTO RTM

CYBERJAYA, 12 Oktober - Pelari jarak jauh, Mohd Syahidan Alias masih memasang impian bagi mewakili negara dalam kejohanan-kejohanan berprestij meskipun dirinya semakin berusia.

Mohd Syahidan atau lebih dikenali sebagai Edan berkata impiannya untuk mewakili negara tidak pernah padam dan sentiasa membara

"Saya belum pernah beraksi di Sukan SEA, tapi semangat itu masih ada.

"Saya pernah cipta tiga Rekod Dunia Guinness sebelum ini, dan sekarang fokus memperbaiki rekod peribadi," katanya selepas menyertai Lazada Run di sini, hari ini.

Dalam acara tersebut Edan muncul peserta tempatan terbaik apabila menamatkan saingan di tempat kedua keseluruhan dengan masa 1 jam 17 minit 20 saat.

Kemenangan milik pelari Kenya, Samson Karega (1:16:56s), manakala Nur’Abid Khafiz di tempat ketiga (1:18:57s).

Bagi kategori wanita 21.1km, juara dimenangi Michelle dengan masa 1:37:00s, diikuti Dorene (1:40:08s) dan Lynil Quebec Martinez (1:42:03s).

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD