fb fb fb fb fb

UniKL terkeluar saingan MHL 2022

KUALA LUMPUR, 8 Februari - Juara bertahan, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) tidak akan beraksi dalam saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2022 yang akan membuka tirainya pada 18 Februari ini.

Ia berikutan kegagalan pasukan itu menghantar borang pengesahan akhir selepas tamat tempoh masa tambahan yang diberikan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Dr Anil Jeet Singh berkata, ketiadaannya akan diganti dengan Skuad Pembangunan KHM

"Dan kita akan ganti dengan National Develepmont Team Man sama seperti perempuan ini daripada MHC kerana banyak pemain kebangsaan seperti yang bagi tahu kita hendak tengok mereka punya potensi. Kita hendak melatih mereka dan kita ingin memantau tahap permainan semua mereka." kata Anil.

Bagi aksi pembuka tirai MHL, iaitu perlawanan Piala Sumbangsih 2022 antara juara liga, UniKL dan juara Piala TNB 2021 Terengganu Hockey Team yang sepatutnya berlangsung pada 18 Februari ini.

Datuk Seri Anil Jeet berkata perkara itu hanya boleh diputuskan menerusi perbincangan bersama semua pihak yang terlibat.

Media Baharu