fb fb fb fb fb

TPM Zahid ucap tahniah kepada dua regu utama negara

Foto FB Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 18 Mei- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakamkan ucapan tahniah kepada beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan beregu wanita utama negara Pearly Tan-M.Thinaah atas kejayaan menjuarai Terbuka Thailand 2025.

Dalam hantaran di Facebook, beliau menyifatkan pencapaian itu sesuatu yang membanggakan buat seluruh rakyat Malaysia.

Malah katanya, kemenangan itu menjadi suntikan semangat buat mereka dalam menghadapi kejohanan besar yang akan datang.

"Syabas Malaysia! Kemenangan berganda!

"Kedua-dua pasangan wakil negara ini mempamerkan aksi mantap serta bertenaga di Stadium Nimibutr, Bangkok," katanya.

Beliau juga berharap agar semua pemain dapat meneruskan perjuangan dan mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.

Aaron-Wooi Yik muncul juara selepas menewaskan gandingan Denmark, William Kryger Boe-Christian Faust Kjaer 20-22, 21-17, 21-12

Pearly-Thinaah pula menewaskan gandingan Korea Selatan Jeong Na Eun-Lee Yeon Woo 21-16, 21-17 sekali gus muncul sebagai beregu wanita pertama Malaysia menjuarai kejohanan itu sejak diperkenal pada 1984.

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello