fb fb fb fb fb

Tomislav tinggalkan TFC

Tomislav Steinbruckner

Kuala Lumpur, 1 Oktober- Kelab Terengganu, TFC mengumumkan secara rasmi Tomislav Steinbruckner tidak lagi memegang jawatan selaku Ketua Jurulatih TFC untuk baki Liga Super musim ini.

Berdasarkan satu kenyataan, kedua-dua pihak telah mengadakan satu perbincangan dan mencapai satu persetujuan bersama untuk Tomislav melepaskan jawatannya.

Turut mengikuti langkah sama adalah dua orang staf di barisan kejurulatihan iaitu Ivica Vranješ (Penolong Jurulatih) dan Hrvoje Bradasic ( Jurulatih Kecergasan).

Langkah ini diambil atas dasar melihatkan prestasi semasa pasukan serta dalam usaha kelab untuk memelihara keadaan dan perhubungan diantara pemain, penyokong dan imej kelab secara keseluruhannya.

Penolong Ketua Jurulatih, Badrul Afzan Razali dan Hairudin Omar akan mengalas tugas mengendali pasukan buat sementara waktu.

Tomislav menyatakan beliau bersetuju atas dasar sepertimana yang telah dinyatakan dan berharap kelab ini mampu terus bergerak dengan baik dan lebih berjaya pada masa-masa yang akan datang.

Trainee2