fb fb fb fb fb

Sohail dilantik Penolong Jurulatih Speedy Tigers

Sohail bersama ketua jurulatih Speedy Tigers Sarjit Singh

KUALA LUMPUR, 1 Oktober - Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) melantik bekas kapten pasukan Pakistan, Sohail Abbas sebagai pembantu jurulatih skuad hoki kebangsaan berkuat kuasa hari ini.

Presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal memaklumkan kontrak bersama jurulatih berkenaan diikat selama setahun dengan pilihan tambahan bagi tempoh setahun lagi.

Beliau berkata Sohail, 49, akan memulakan tugas pertamanya bersama ketua jurulatih Speedy Tigers Sarjit Singh pada kempen Piala Tun Abdul Razak di Johor Bahru.

"kita mengambil inisiatif untuk memberikan yang terbaik kepada pasukan kebangsaan pada pemain tidak kiralah pasukan senior ke pasukan remaja ke pasukan indoor ke sebab kita jangka dalam kepimpinan KHM akan membantu mereka supaya mereka dapat semua kemahiran untuk keputusan lebih baik"

Sohail yang beraksi untuk Pakistan dari 1998 hingga 2012, memegang rekod sebagai penjaring gol terbanyak dunia dengan 348 jaringan dan pernah meraih beberapa gelaran termasuk pingat emas di Sukan Asia Guangzhou 2010.

Trainee2