fb fb fb fb fb

LTdL 2024: Max Poole tawan 'Queen Stage'

Max Poole tawan 'Queen Stage' LTDL 2024

CAMERON HIGHLANDS, 1 Oktober- Saingan ‘queen stage’ Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024, dari Taiping ke Cameron Highlands menyaksikan empat jersi utama bertukar pemilik. 

Pelumba DSM-Firmenich PostNL, Max Poole mengungguli saingan 170.3 kilometer (km) dengan catatan masa terpantas 4 jam 24 minit 34 saat (s).

Sekaligus merampas jersi hijau selaku pendahulu keseluruhan daripada pelumba Astana Qazaqstan, Gleb Syritsa.

Pelumba berusia 21 tahun itu turut merangkul gelaran raja bukit selepas meraih 15 mata di zon pendakian kategori hors di Brinchang.

Turut menaiki podium, jaguh pendaki Astana Qazaqtan, Harold Martin Lopez dan Thomas Presenti daripada pasukan JCL Team UKYO.

Dua lagi pelumba JCL Team Ukyo turut menyerlah pada saingan peringkat ketiga. 

Matteo Malucelli dan Manabi Ishibashi masing-masing merampas jersi Jingga selaku raja pecut dan jersi putih sebagai pelumba terbaik Asia.

Syawal Mazlin daripada Malaysian Pro Cycling (MPC), muncul pelumba tempatan terbaik selepas menamatkan perlumbaan di tempat ke-44.

Saingan peringkat keempat akan berlangsung dari Kuala Kubu Bharu ke Bentong sejauh 131.2 kilometer (km).

Trainee2