LONDON, 10 Januari- Penyerang RB Leipzig, Timo Werner sah kembali ke Liga Perdana Inggeris.
Pemain kebangsaan Jerman itu akan menyertai Tottenham Hotspur secara pinjaman sehingga tamat musim ini.
Kepulangannya ke Leipzig dari Chelsea sebelum ini tidak menjadi, sebaliknya kerap memanaskan bangku simpanan.
Werner hanya meledak dua gol dalam 14 penampilan musim ini.
Spurs pula perlu menambah ketajaman barisan serangannya selepas Son Heung-min menyertai Korea Selatan di Piala Asia sehingga bulan depan.
Werner dijangka membuat penampilan pertamanya bersama Spurs ketika menentang Manchester United pada Ahad.
Spurs kini di tangga kelima Liga Perdana Inggeris, satu mata di luar kelompok empat teratas.- AFP