LIVERPOOL, 10 Januari- Liverpool akan kehilangan khidmat tonggak pertahanan, Trent Alexander-Arnold akibat kecederaan lutut.
Pemain kebangsaan England itu disahkan terpaksa berehat selama beberapa minggu untuk rawatan.
Alexander-Arnold mengalami kecederaan tersebut ketika kemenangan ke atas Arsenal dalam saingan Piala FA hujung minggu lalu.
Ketiadaannya dilihat bakal memberi impak terhadap kedudukan pendahulu Liga Perdana Inggeris itu.
The Reds sebelum ini sudah kehilangan tiga pemain pertahanan iaitu Joel Matip, Andy Robertson dan Kostas Tsimikas akibat kecederaan.
Sementara itu, awal pagi esok, Liverpool akan menerima kunjungan Fulham bagi separuh akhir pertama Piala Liga.- AFP